Assalammualaikum!
Salam Bahagia!
Selamat Tahun Baru 2011!
Aku baru sahaja tahu tentang berita panas di antara Zizan Raja Lawak dengan Aznil Hj Nawawi. Menurut dari lelaman yang aku baca di: http://www.ohbulan.com/aznil-nawawi-bengang-bila-zizan-melawak-guna-nama-bapa/ Zizan Raja Lawak telah membuat lawak secara spontan dengan mempermaikan nama bapa Aznil dengan gelaran Aznil Nawawa.
Terus terang aku katakan di sini, jangan kata Uncle Aznil marah, kalau aku pun sudah tentu api kemarahan aku akan membara. Yalah, kalau hendak buat lawak secara spontan pun tidak boleh ke pasal binatang ke, serangga ke, benda-benda yang tidak bernyawa ke ataupun kalau masih tetap ingin menggunakan nama manusia, tolong sertakan sekali, ‘Ini tidak ada kena mengena dengan orang yang hidup ataupun yang sudah meninggal’. Jadi, tidak adalah timbulnya isu kemarahan. Kalau nama aku sendiri yang orang buat lawak, aku tidak ambil perduli sangat sebab bagi aku yang penting aku tahu nama aku siapa. Tetapi kalau sudah masuk bab nama emak dan abah aku di buat lawak, itu sudah semestinya aku tidak boleh diamkan. Lagipun, bila aku fikirkan balik apa yang seronok sangat mempermainkan nama orang? Sudah elok-elok emak abah kita susah payah perah otak untuk berikan kita nama yang bagus, tup tup tup orang lain mempermainkan nama kita pula. Apa ke hal tu?!
Tetapi nasib baik, Uncle Aznil ini jenis yang memaaf orangnya. Dia memberitahu pada Zizan Raja Lawak:
“Semua org buat silap. Adik Paknil bernama Zizan x tkecuali. Paknil pun pernah buat silap n org maafkan Paknil. Paknil maafkan Zizan.”
Cuba bayangkan kalau Uncle Aznil tidak mahu memaafkan Zizan Raja Lawak itu, bukan ke sudah menjadi isu lain pula. Hati orang manalah kita tahu. Kalau perkara ini terjadi pada diri aku, aku hendak maafkan orang itu tidak? Hmm… Aku boleh maafkan tetapi selepas itu aku tidak mahu lagi berkawan dengan orang itu. Sebabnya aku tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.
Seperti yang pernah aku tulis di dalam blog aku: Lidah memang tidak bertulang tetapi walaupun begitu, ia sangat berbisa! Berbisa mengeluarkan kata-kata yang tajam dan menyakitkan hati orang lain. Dari itu, marilah kita menjaga lidah kita supaya tidak menyakiti hati sesiapa pun.
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
BERITA_wongANteng
SEO