Monday, April 11, 2011

Assalammualaikum!
Warmest Greeting!

What's the first thing you check when you turn on your computer?

:: Email
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Friday, April 08, 2011

Assalammualaikum!
Salam Bahagia!

Setiap hari yang berlalu dan di setiap hela nafasku, pasti ada sahaja kejadian-kejadian yang berlaku. Sama ada kita menyadarinya ataupun tidak. Aku cuba untuk menceritakan setiap apa yang berlaku seharian di dalam hidupku di dalam bentuk perkataan dan selepas itu akan aku tumpahkannya di dalam blog kesayanganku ini. Tetapi di sebabkan sibuk dengan pekerjaan dan juga tidak mempunyai masa yang banyak, hasrat itu aku pendamkan sahaja.

Diam tak diam hari ini genap 3 bulan aku bekerja di Condo. Sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan selama ini. Dalam masa 3 bulan itu, banyak perkara yang telah aku lalui. Sama ada perkara yang manis ataupun yang pahit. Seperti biasa yang manis akan aku simpan di dalam lubuk hatiku sebagai sebuah kenangan yang aku tahu sudah semestinya ia tidak akan berulang lagi. Untuk yang pahit pula, aku sudah lontarkan ia sejauh mungkin. Tidak perlu di tanya apa sebabnya aku berbuat demikian biarlah ia berlalu pergi dengan tanpa alasan.

Berada di dalam pekerjaan seperti aku yang memerlukan aku selalu berhadapan dengan ramai orang, itu memerlukan aku harus selalu tersenyum walaupun ada masa dan ketikanya, hanya Allah sahaja yang tahu gelora di hati aku. Kadang-kadang aku terfikir, mungkin ini agaknya yang di namakan ‘Dunia Pesta Lakonan.’ Kita semua adalah para pelakon yang perlu memainkan bermacam-macam watak yang diberikan. Cuba bezanya skrip yang keluar dari mulut kita adalah skrip spontan.

Kalau dahulu aku selalu memikirkan bagaimana akhirnya sesuatu perkara yang aku lakukan itu. Tetapi sekarang, aku lebih senang mengikut sahaja alunan dan rentak kehidupanku yang telah diberikan Allah. Bukan itu bermakna aku sudah malas untuk berfikir tetapi sering kali apa yang aku inginkan ianya tidak terjadi. Walaupun aku cuba sedaya mungkin untuk menjadikan ianya sesuatu reality tetapi kuasa Allah tidak ada sesiapa dapat menghalangnya. Aku rasa jalan yang aku pilih ini lebih baik sebab aku tidak mahu berterusan hidup dalam kesedihan yang tidak ada penghujungnya.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Wednesday, April 06, 2011

Assalammualaikum!

Salam Bahagia!




Rela - Achik Spin




Tragedi Cinta - Siti Nordiana & Achik


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Tuesday, April 05, 2011

Assalammualaikum!

Salam Bahagia!
Image and video hosting by TinyPic

Facebook. Ada orang yang mengatakan Faceebook ini tempat orang kpo, orang yang suka hendak tahu tentang kehidupan orang lain. Ada juga yang mengatakan Facebook ini tempat untuk kita mendekatkan silaturahim. Tempat untuk bertemu kembali dengan kawan-kawan lama kita yang kita sudah lost contact. Itu semua terpulang pada individu itu sendiri untuk mentafsirkan apakah makna 'Facebook' bagi mereka.

Bagi saya Facebook selain dapat bertemu semula dengan kawan-kawan yang saya sudah lost contact, ia juga dapat mengimbas kembali kenangan saya bersama dengan orang itu. Terutama sekali, kawan-kawan yang sama sekolah dengan saya dahulu. Bila ingat zaman-zaman sekolah dahulu tiba-tiba rasa rindu pula dengan zaman itu. Yalah, sekarang masing-masing sudah bekerja ataupun ada yang sudah berkahwin dan mungkin juga sudah ada anak.

Begitu cepat masa berlalu. Kadang-kadang tanpa kita sedari, kita sudah semakin dewasa dan kita perlu rancang masa depan kita. Hidup ini, memang sementara tetapi ada banyak dugaan dan liku-liku kehidupan yang perlu kita hadapinya.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO