Thursday, December 30, 2010

Assalammualaikum!
Salam Bahagia!


Image and video hosting by TinyPic

Hari Selasa (28 Dec 2010) yang lepas, aku telah pun menyambut Ulang Tahun aku yang ke 24. Mak Oi! Cepatnya masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam aku berusia 20 tahun dan tanpa aku sedari alam realitinya, umur aku sudah pun 24 tahun. Bagaikan sebuah mimpi. Aku tidak tahu orang lain tetapi bagi diri aku berapa sekali pun umur aku, orang menyangkakan aku berumur 18 tahun. Ini bukan cerita yang aku reka-reka tetapi ini memang kenyataan!

Ulang tahun aku sama sahaja seperti hari-hari biasa, tidak ada yang istimewa. Pada hari itu, aku masih tetap pergi bekerja seperti biasa. Di tempat kerja pula, tidak ada sesiapa pun yang tahu bahawa aku menyambut ulang tahun. Ini kerana aku tidak mahu sesiapa pun tahu dan aku juga tidak mahu mengheboh-hebhkan. Nanti orang kata, aku hendak hadiahlah, apalah dan macam-macam mereka akan kata. Biarlah hanya setakat diri ini dan juga orang terdekat yang tahu dengan sendirinya.

Aku tidak nafikan bahawa setiap kali menjelang ulang tahun, aku akan mengharapkan akan adanya sambutan ulang tahun untuk aku. Biarpun aku sedia maklum bahawa itu semua hanyalah sebuah impain yang tidak pernah menjadi kenyataan. Tetapi sekarang bila aku fikirkan balik, sambutan itu semua tidak sepenting mana. Kerana yang lebih penting, aku bersyukur pada Allah kerama di panjangkan lagi usia aku sampai ke saat ini. Biar pun ada orang yang berpendapat, kita hanya akan kembali menemui Allah apabila kita sudah tua. Bagi diri aku, memang kita semua akan kembali menemui Allah, tetapi dalam usia berapa kita tidak mengetahuinya. Entah esok ataupun lusa, wallahhualam!

Setiap kali apabila aku terbaca berita tentang kematiaan seseorang, hati kecil aku akan berkata, “Dapatkah aku hidup seperti umur dia?” Jika ada yang meninggal sebelum umur aku, aku mengucap syukur Ya Alalh kerana sekurang-kurangnya umur aku masih ada lagi. KAU berikan aku kesempatan untuk terus hidup di bumi sementara ciptaan MU iini. Untuk aku mengubah diri aku menjadi wanita soleha dan mengerjakan solat.

Solat 5 waktu sehari yang perlu di buat oleh umat Islam. Tetapi... Oh, tidak perlu aku menulis di sini biarlah itu yang tahu yang Allah sahaja. Setiap hari, aku berjanji tetapi sayangnya janji itu tidak pernah aku tunaikan. Aku manusia yang lemah Ya Allah dan aku tewas dengan diri aku sendiri. Aku tahu permintaan MU untuk umat MU tidak susah tetapi terlalu banyak cabaran yang perlu kita harungi untuk menurut permintaan MU itu.

Kadang-kadang, aku malu dengan MU Ya Allah. Kerana umat MU begitu susah untuk menurut permintaan MU. Sedangkan KAU masih tetap sudi memerima dan memaafkan umat MU walaupun sebesar mana kesalahan yang telah umat MU lakukan. Ya Allah, bantu aku Ya Allah agar aku dapat menurut ke semua permintaan MU. Amin Ya Robbil Alamin!











Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Sunday, December 26, 2010

Assalammualaikum!
Salam Bahagia!

Pada hari Jumaat (17 Disember 2010) yang lalu, pada hari itu aku tidak bekerja. Di sebabkan aku ada banyak masa pada hari itu, aku menggunakan masa itu untuk melayari internet, blog aku dan juga melunsuri Facebook. Masa aku tengah click sana, click sini dalam Facebook tiba-tiba mata aku terpandang pada seorang artis Malaysia yang sangat aku minati. Hendak tahu siapa? Siapa lagi kalau bukan, Aznil Hj Nawawi. Tetapi aku panggil dia, Uncle Aznil.

Pada masa itu, boleh dikatakan juga aku tengah dalam keadaan bosan dan tidak tahu hendak buat apa. Hendak menulis dalam blog, idea langsung tidak ada dan tidak ada cerita menarik pun yang boleh aku tulis. Sebab itu akhirnya aku bertapa sahaja di dalam Facebook. Tetapi aku sungguh bertuah. Manakan tidak, Uncle Aznil online pada masa itu! Bukan senang orang yang sentiasa sibuk seperti dia mempunyai masa untuk melunsuri Facebook. Kata orang. ‘Rezeki Depan Mata Jangan Di Tolak’. Sebab aku ikut kata perpatah itu akhirnya aku membuat keputusan untuk berbual dengan dia di dalam Facebook. Masa itu, aku cuma sekadar cuba-cuba nasib. Siapa tahu dia sudi untuk layan berbual dengan aku. Tetapi kalau dia senyap sahaja, tidak mengapa. Aku faham mungkin dia tengah sibuk. Maklum, Artis. Hehehe! (:

Alhamdulilah! Ternyata cubaan aku pada hari itu tidak sia-sia.. Malaupun kami tidak berbual lama, cuma sekadar sebentar sahaja tetapi dia orangnya seperti yang aku bayangkan selama ini.


• seorang yang peramah
• cepat mesra
• tidak sombong
• suka merendah diri
• suka buat orang ketawa

** Oh yea aku hendak beritahu, bila kita berbual dengan orang Malaysia kita tidak boleh menggunakan cara perbualan yang biasa kita gunakan. Seperti contoh: Tengah buat apa? Mereka tidak faham dengan ayat pertanyaan kita. Jadi kita kena tanya mereka dengan ayat yang lebih jelas.

Perbualan aku bersama dengan Uncle Aznil:

ME: Apa khabar uncle?
Aznil: Khabar baik
ME: Uncle dah lunch dan sedang buat apa?
Aznil: Uncle dah lunch tadi dengan kawan uncle. Alhamdulilah, dah kenyang pun
ME: Mesti tadi lunch uncle makan, makannan yang sedap, yang special
Aznil: Yang special tu taklah. Makan yang biasa-biasa sahaja. Uncle cuma makan sandwhich
ME: Makan sandwhich saja? Tak makan nasi tak lapar ke?
Aznil: Kalau nak tahu, uncile sebenarnya jarang makan nasi. Bukan sebab takut gemuk tapi kalau makan yang berat-berat nanti mata ni mulalah layu, rasa nak tidur saja. Bila dah macam tu, satu kerja apa pun kita tak boleh nak buat
ME: Habis tu, bila uncle makan nasi?
Aznil: Kalau tekak ni dah rindu nak makan nasi, barulah uncle makan. Tapi itu pun uncle had kan. Tak boleh terlalu banyak.
ME: Ohhh macam tu! Patutlah badan uncle slim
Aznil: Slim? Buat susah-susah saja puji. Terima kasih. Tapi bukan sebab uncle nak slim. Uncle buat tu semua untuk jaga kesihatan. Maklumlah dalam usia ‘muda remaja’ macam uncle ni, kalau kita tak jaga permakanan kita, mulalah penyakit datang
ME: Betul tu uncle. Saya setuju dengan apa yang uncle cakapkan tu
Aznil: Uncle ada kerja nak buat. Lain kali kalau uncle ada masa, kita boleh berbual lagi. Tapi kalau uncle tak layan, jangan fikir uncle ni sombong pula. Bukan apa, selalunya uncle online dekat Facebook tapi ada kerja lain yang uncle buat. Bila orang berbual dengan uncle, uncle tak layan, mulalah mereka fikir uncle ni sombong
ME: Dun worry uncle, saya faham uncle kan selalu saja sibuk. Kalau macam tu, uncle habiskan kerja uncle. Kalau ada rezeki lagi, insyallah kita boleh berbual lagi di sini. Assalammualaikum uncle.
Aznil: W’salam.

Maaf aku terpaksa berhenti menulis sampai di sini sahaja sebab aku ada kerja yang perlu aku buat. Insyaallah kalau aku ada masa akan aku tulis blog aku lagi.









Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Monday, December 20, 2010




Image and video hosting by TinyPic





Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Saturday, December 18, 2010

Assalammualaikum!
Salam Bahagia!


Di dalam coretan aku hari ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah pada Nur Aisyah Bte Aziz yang berjaya menjadi Top 7 untuk N-Level di dalam sekolah dia. Sekolah Mendengah Zhenghua.

Nur Aisyah,



Image and video hosting by TinyPic

"Kakak ingin mengucapkan TAHNIAH kepada kamu kerana mendapat keputusan N-Level yang cemerlang. Terus terang kakak katakan di sini, bahawa kakak kagum dengan kamu kerana selain kamu mempunyai bakat dalam bidang nyayian kamu juga berjaya di dalam pelajaran. Ini menunjukkan bahawa menyanyi tidak membuatkan kamu lalai kepada pelajaran. Teruskan kejayaan ini di O-Level pula. Kakak yakin, jika kamu terus berusaha dengan gigih kamu boleh berjaya. Kamu adalah membakar semangat kakak untuk berjaya. Sekali lagi, TAHNIAH!!"

** Nur Aisyah mempunyai kembar bernama Nur Ain Bte Aziz yang bersekolah di Sekolah Mendengah Greenridge.




Image and video hosting by TinyPic

(Nur Ain)

*** Mereka adalah adik kembar kepada Aliff Aziz.

Image and video hosting by TinyPic

(Aliff Aziz)

*** Gambar-gambar ini semua aku ambil daripada Facebook mereka.




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Friday, December 17, 2010

Assalammualaikum!
Salam Bahagia!

Segala coretan yang selama ini aku tulis di dalam blog aku, telah pun aku buang dan aku gantikan dengan membuat blog yang baru pula. Bukan aku tidak sayang dengan blog yang lama, yang selama ini begitu setia menemani aku dan sanggup mendengar apa sahaja luahan hati aku tidak kira suka atau duka.

Tetapi masa silih berganti dan aku tidak boleh terus menerus simpan kenangan lama. Kenangan lama yang tidak akan berulang lagi. Kenangan itu semua harus aku lupakan walaupun nun jauh di sudut hati aku, aku tidak ingin melepaskan kenangan itu pergi. Aku tidak mahu lagi terus hidup di dalam kenangan itu semua. Aku mahu membuka lembaran baru di dalam hidup aku.

Mungkin ini lebih baik kerana aku sudah penat hidup di dalam kenangan itu semua dan setiap hari aku mengharapkan bahawa kenangan itu menjadi kenyataan semula. Aku tidak putus-putus berharap walaupun aku tahu itu semua hanyalah impian dan angan-angan aku sahaja.

Ini adalah keputusan yang aku pilih. Kuatkan iman aku Ya Allah agar aku dapat melupakan kenangan itu semua. Sekiranya jodoh aku dengan kenangan itu masih ada, jadikanlah ia kenyataan tetapi kalau sudah tertulis kenangan itu sudah berlalu, tolong bantu aku Ya Allah untuk melupakannya.





Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO