Wednesday, January 12, 2011

Assalammualaikum!
Salam Bahagia!
Selamat Tahun Baru 2011!

Terlalu banyak persoalan yang bermain di dalam fikiran aku pada saat dan ketika ini. Tetapi persoalan itu semua akan aku ketepikan dahulu untuk sementara waktu. Ini kerana aku tiddak mahu membebankan otak fikiran aku memikirkan tentang persoalan itu semua. Sebab itu untuk update blog aku kali ini, aku ingin menulis tentang lain dari yang lain. Yang langsung tidak ada kena mengena dengan diri aku. Kadang kala apabila kita melihat blog seseorang itu secara tidak sengaja kita mungkin akan menyukai apa yang orang itu tulis. Bagi aku, secara tidak langsung, blog boleh kita jadikan tempat untuk kita sama-sama mengongsi ilmu yang kita ada dengan orang lain. Seperti kata perpatah, ‘Setiap ilmu yang kita ada, lebih baik kita berkongsi dengan orang lain’.

*** Apa yang akan aku tulis di sini, adalah hasil tukilan yang aku ambil dari blog seseorang.

“Jangan berputus asa jika Allah s.w.t melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yang ditentukan-Nya buka pada waktu yang ditentukan olehmu.”

Oleh: Syeikh Ib.. n Athaillah dalam kitab al-Hkim

Pernah tidak anda mengalami situasi seperti ini:

Anda begitu menharapkan supaya apa yang anda impikan menjadi kenyataan tetapi apabila tiba masanya, apa yang anda impikan itu berlaku sebaliknya? Saya percaya anda dan juga saya pernah mengalami situasi yang begitu. Bila itu berlaku pada kita, apa yang selalunya kita lakukan? Perasaan sedih dan kecewa itu memang sudah tentu akan ada di dalam hati kita. Itu tidak dapat kita nafikan lagi. Tetapi ada juga yang cuba menyalahkan orang lain.

Seperti kata perpatah:

“Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya. Kadang-kadang kita telah berusaha dengan sebaik mungkin. Tetapi keputusan yang kita dapat tidak sebaik seperti orang yang tidak berusaha. Kita hendak menyalahkan siapa?! Dari itu kita harus sentiasa sedar bahawa, rezeki setiap manusia di muka bumi ini adalah milik Allah. Selagi kita berusaha dan terus berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Dia, maka ada ganjarannya.”

“Allah memberikan kita pilihan sama ada ke syurga ataupun ke neraka. Kita yang akan tentukan hala tuju kita. Kalau kita sudah berusaha tetapi masih juga gagal, jangan sesekali menyalahkan takdir tetapi muhasabah diri kembali. Mungkin ada khilaf yang kita tidak menyedarinya. Ingat Allah itu maha adil dan maha mengetahui. Sesungguhnya apa sekalipun ujian yang datang pada kita, adalah setimpal dengan kemahuan kita.”









Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO