Saturday, January 08, 2011

Assalammualaikum!
Salam Bahagia!
Selamat Tahun Baru 2011!

Bila aku fikirkan balik tentang azam tahun baru aku yang telah pun aku buat pada Jumaat-31 Dec 2010 yang lalu, ia itu aku ingin menjadi manusia yang sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan pun. Aku rasa aku kena tambah lagi. Ia itu: Belajar untuk cuba memahami perangai manusia.

Sebenarnya, azam tambahan ini aku buat secara tidak langsung. Itu pun di sebabkan ada sesuatu perkara yang terjadi dan lantas membuatkan aku terfikir, aku kena lebih banyak memahami perangai manusia. Yelah, bila kita sebut tentang ‘Perangai Manusia’ ini tidak akan habis punya! Manusia ada bermacam-macam jenis perangai. Dalam banyak-banyak perangai manusia yang paling aku tidak suka sekali selain bercakap bohong, bermuka-muka, ialah: manusia yang bercakap tanpa usul periksa. Manusia seperti ini bukan saya aku paling tidak suka tetapi dalam masa yang sama juga aku menyampah! Hendak di jadikan cerita pada suatu hari itu…

Ada seorang Hamba Allah ini SMS aku. Pada masa itu dalam kesibukkan aku tengah bertugas aku masih sempat membalas SMS beliau. Bukan apa nanti kalau kita tidak membalas SMS orang, orang mesti kata kita macam-macam. Pernah terjadi tau! Memang selalunya apabila beliau SMS aku, mesti akan mengenai tempat tugas aku. Itu akan menjadi topik perbualan kami di SMS. Aku ini bukan jenis yang pandai berasia-rasia ini semua. Apa yang beliau tanya, akan aku jawap sejujur mana yang mungkin. Sebab bagi aku, untuk apa kita berasia-rasia ini semua bukankah lebih baik kita berterus-terang sahaja supaya hati kita tenteram.

Apabila kita berkomunikasi dengan seseorang itu, selalunya akan ada percanggahan. Seperti yang aku katakana tadi, manusiakan ada bermacam-macam perangai. Selalunya apabila ada percanggahan terjadi di antara aku dengan beliau, aku lebih suka mendiamkan diri sahaja dan mengubah topik perbualan kami ke arah lain. Aku buat begitu supaya kami tidak berakhir dalam situasi pertengkaran pula. Memang aku tidak menafikikan bahawa beliau selalunya akan mengkaitkan cerita aku dengan tempat tugas beliau yang pernah beliau bekerja sedikit masa dahulu. Bila aku kata begini, beliau akan kata begitu. Seolah-olah seperti cuba untuk memberitahu aku bahawa kerja aku tidak seteruk mana yang aku sangkakan selama ini kalau hendak di bandingkan dengan tegus beliau dahulu. Walaupun beliau tidak memberitahu aku secara terang-terang, tetapi aku dapat baca itulah maksud sebenar beliau.

Bila aku memberitahu beliau tentang kebaikkan rakan setugas aku yang selalu bertolak ansur dan boleh kompromi di dalam pekerjaan dengan aku, bilau mengatakan sebegini, ‘U ni kesianlah. Dari apa yang U cerita semua benda U rasa gembira sangat. Maklum orang baru mula kerja, macam itulah’. Walaupun beliau berkata sebegitu, itu pun aku diamkan sahaja sebab nawaitu aku cuma satu: Ingin mengongsi cerita dengan beliau dan bukan ada niat untuk bergaduh. Cuma lafaz kata-kata beliau itu membuatkan aku terfikir. Mungkin selama ini, mana-mana tempat pun yang beliau bekerja secara semula jadinya orang tidak sebaik dengan dia seperti aku dengan rakan setugas aku. Untuk menambat hati rakan-rakan setugas beliau, beliau kena membuat lawak ataupun membuat cara yang lain. Tetapi selepas itu, selalunya perhubungan beliau dengan rakan-rakan sekerja beliau tidak akan menjadi semesra seperti salalu. Sedikit demi sedikit mereka akan mula menjauhkan diri dari beliau.

Tetapi apa hari kejadian itu, aku memberitahu tahu beliau yang dari pada pagi tadi aku berada di tempat itu dan sekarang sampai aku balik, aku akan berada di tempat ini pula. Tiba-tiba dia menjawap SMS aku dengan kata-kata sebegini: ‘Jadi orang relief macam nilah kena tendang sana, tendang sini. Hish...’ Dengan tidak semena-mena, api kemarahan aku datang. Mana tidaknya, beliau tidak tahu dengan sepenuhnya mengenai tugas aku dan tiba-tiba tanpa usul periksa ataupun tanpa bertanyakan aku terlebih dahulu beliau membuat andaian beliau sendiri ! Apa ini?!

Apakah beliau suka apabila aku membuat andai sebegini pada beliau: ‘Agaknya dulu masa beliau kerja di mana-mana tempat, orang tidak suka beliau jadi beliau selalunya asyik kena tendang sana, tendang sini. Sebab itulah beliau rasa nasib orang pun sama dengan nasib beliau.’

Sebab itu ada perpatah mengatakan, ‘Terlajak perahu boleh di undur. Terlajak kata buruk padahnya’. Lidah memang tidak bertulang tetapi walaupun begitu, ia sangat berbisa ! Berbisa mengeluarkan kata-kata yang tajam dan menyakitkan hati orang lain. Dari itu, marilah kita menjaga lidah kita supaya tidak menyakiti hati sesiapa pun.














Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO