Thursday, December 30, 2010

Assalammualaikum!
Salam Bahagia!


Image and video hosting by TinyPic

Hari Selasa (28 Dec 2010) yang lepas, aku telah pun menyambut Ulang Tahun aku yang ke 24. Mak Oi! Cepatnya masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam aku berusia 20 tahun dan tanpa aku sedari alam realitinya, umur aku sudah pun 24 tahun. Bagaikan sebuah mimpi. Aku tidak tahu orang lain tetapi bagi diri aku berapa sekali pun umur aku, orang menyangkakan aku berumur 18 tahun. Ini bukan cerita yang aku reka-reka tetapi ini memang kenyataan!

Ulang tahun aku sama sahaja seperti hari-hari biasa, tidak ada yang istimewa. Pada hari itu, aku masih tetap pergi bekerja seperti biasa. Di tempat kerja pula, tidak ada sesiapa pun yang tahu bahawa aku menyambut ulang tahun. Ini kerana aku tidak mahu sesiapa pun tahu dan aku juga tidak mahu mengheboh-hebhkan. Nanti orang kata, aku hendak hadiahlah, apalah dan macam-macam mereka akan kata. Biarlah hanya setakat diri ini dan juga orang terdekat yang tahu dengan sendirinya.

Aku tidak nafikan bahawa setiap kali menjelang ulang tahun, aku akan mengharapkan akan adanya sambutan ulang tahun untuk aku. Biarpun aku sedia maklum bahawa itu semua hanyalah sebuah impain yang tidak pernah menjadi kenyataan. Tetapi sekarang bila aku fikirkan balik, sambutan itu semua tidak sepenting mana. Kerana yang lebih penting, aku bersyukur pada Allah kerama di panjangkan lagi usia aku sampai ke saat ini. Biar pun ada orang yang berpendapat, kita hanya akan kembali menemui Allah apabila kita sudah tua. Bagi diri aku, memang kita semua akan kembali menemui Allah, tetapi dalam usia berapa kita tidak mengetahuinya. Entah esok ataupun lusa, wallahhualam!

Setiap kali apabila aku terbaca berita tentang kematiaan seseorang, hati kecil aku akan berkata, “Dapatkah aku hidup seperti umur dia?” Jika ada yang meninggal sebelum umur aku, aku mengucap syukur Ya Alalh kerana sekurang-kurangnya umur aku masih ada lagi. KAU berikan aku kesempatan untuk terus hidup di bumi sementara ciptaan MU iini. Untuk aku mengubah diri aku menjadi wanita soleha dan mengerjakan solat.

Solat 5 waktu sehari yang perlu di buat oleh umat Islam. Tetapi... Oh, tidak perlu aku menulis di sini biarlah itu yang tahu yang Allah sahaja. Setiap hari, aku berjanji tetapi sayangnya janji itu tidak pernah aku tunaikan. Aku manusia yang lemah Ya Allah dan aku tewas dengan diri aku sendiri. Aku tahu permintaan MU untuk umat MU tidak susah tetapi terlalu banyak cabaran yang perlu kita harungi untuk menurut permintaan MU itu.

Kadang-kadang, aku malu dengan MU Ya Allah. Kerana umat MU begitu susah untuk menurut permintaan MU. Sedangkan KAU masih tetap sudi memerima dan memaafkan umat MU walaupun sebesar mana kesalahan yang telah umat MU lakukan. Ya Allah, bantu aku Ya Allah agar aku dapat menurut ke semua permintaan MU. Amin Ya Robbil Alamin!











Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO