Salam Bahagia!
Ternyata pisang, dalam bahasa Inggeris “banana” yang kita makan ha5ri-hari dan yang disukai juga oleh monyet, sangat banyak khasiatnya bagi kesihatan kerana pisang mengandungi tiga jenis zet penting iaitu, gula alami - sukros, fruktos dan glukos yang dikombinasikan dengan serat, memberikan efek tambahan tenaga yang cukup banyak. Menurut penyelidikan, telah terbukti hanya dengan memakan dua buah pisang sehari mendapatkan energi untuk 90 minit. Tidak hairan mengapa pisang merupakan buah nombor satu yang banyak dikonsumsi oleh atlit dunia.
Namun bukan hanya energi saja yang dihasilkan olehnya, pisang juga dapat menjaga tubuh dan sangat serasi bagi yang sedang melaksanakan program diet. Selain itu khasiat pisang dapat juga mencegah beberapa penyakit seperti:
Merokok:
:: Pisang dapat membantu orang yang akan berhenti merokok kerana kandungan vitamin B6 dan B12 dan juga potassium dan magnesium membantu tubuh mencegah dari gangguan NIKOTIN.
Stress:
:: Potassium merupakan penting yang dapat menormalkan detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengendalikan kadar cairan tubuh. Saat kita sedang mengalami STRESS (gangguan fikiran yang dapat mengakibatkan gagguan badan), tingkat metabolisme dan akan terjadi pengurangan kadar potassium dapat dikendalikan dengan makan pisang yang kaya dengan kadar potassium. STROKE (jenis penyakit yang diakibatkan kehilangan fungsi dari anggota atau bahagian lain tubuh saat aliran oksigen dalam darah menuju otak terganggu): Menurut penelitian “Jurnal Medis di New England”, memakan pisang adalah sebahagian dari program DIET yang dapat mengurangi risiko kematian akibat STROKE sebanyak 40%.
Depresi:
:: Berdasar survey terbaru oleh “MIND” terhadap orang yang mengalami Depresi, banyak yang terbantu setelah mengkonsumsi buah pisang. Ia dapat diperkaya dengan pisang yang mengandungi Trytophan, sejenis protein yang diatur tubuh menjadi Serotonin, diketahui dapat memberi kesan ketenangan, menambah keselesaan hati. PMS (Sindrom yang terjadi pada banyak wanita mula 2 atau 14 hari sebelum menstruasi): Lupakan perubatan – makanlah pisang. Vitamin B6 yang terkandung di dalamnya tingkatkan glukosa darah, yang dapat mempengaruhi kondisi tubuh.
Urat Saraf:
:: Pisang memiliki kadar vitamin B yang tinggi, yang membantu menenangkan system urat saraf.
Anemia (Kekurangan darah):
:: Tinggi zat besi, pisang dapat merangsang produksi hemoglobin (sel darah merah) dan membantu khusus penyakit ANEMA.
Tekanan Darah:
:: Buah tropika yang unik ini mengandung zat potassium yang cukup tinggi dan rendah garam, membuat tekanan darah menjadi lebih baik. Dan banyak lagi, sebuah perusahan makanan dan ubat-ubatan di Amerika Syarikat mengisytiharkan pisang dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit angina ahmar.
Vitamin/Enegi untuk OTAK:
:: 200 pelajar sekolah di Twickenham (Middlesex) telah membantu dalam ujian mereka; setelah setiap sarapan, istirahat dan makan siang selalu makan pisang sebagai pemancu kekuatan berfikir mereka. Kajian juga memperlihatkan bahawa buah yang disertai zat potassium dapat membantu otot mata menjadi lebih awas.
Sembelit:
:: Tinggi kadar serat, dapat membantu program diet untuk mengempiskan bahagian perut.
Rasa Sakit:
:: Salah satu cara mudah mengubati rasa sakit adalah dengan membuat campuran buah pisang dengan milkshake, ditambah dengan madu. Pisang meredakan perut dan dengan bantuan madu dapat meredakan kadar gula, sedangkan susu menyegarkan juga membantu proses re-hidrasi sistem tubuh.
Gigitan Nyamuk atau Serangga:
:: Sebelum menggunakan krim sapu anti gigitan serangga, cuba sapukan bahagian yang terkena gigitan serangga dengan bahagian dalam kulit pisang. Banyak yang telah ditemui mengenai cara menghilangkan kegatalan dan pembengkakan dengan bahagian dalam kulit pisang.
Pencernaan:
:: Pisang digunakan sebagai makan diet mencegah gangguan pencernaan disebabkan le,bit/halusnya susunan/tekstur dari buah pisang. Hanya buah mentah inilah yang dapat langsung dimakan tanpa harus bersusah payah mengupasnya. Dan juga mengeluarkan kelebihan zat asam dan mengurangi iritasi dengan melapisi bahagian dalam perut kita.
Ayuh mulai sekarang kita makan 2 pisang dalam sehari sebagai tambahan energi agar sihat setiap hari dan lancar dalam hal mengerjakan tugas-tugas seharian!
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO