Assalammualaikum!
Salam Bahagia!
Itu hari Mummy aku ada dengar Syarahan Agama pasal asal usual Valentine’s Day dan dia beritahu . Menurut Syarahan Agama, Valentine merupakan nama seorang padari gereja yang bernama "St Valentine". Di dalam gereja itu, ketua padari mendapati orang-orang tua yang bekerja di situ, mereka bekerja dengan lambat dan mereka kelihatan tidak aktif jika hendak dibandingkan dengan pekerja yang masih muda. Hasil menjelidikkan yang dia jalankan, dia mendapati orang-orang tua semuanya sudah berkahwin tetapi yang muda masih lagi bujang. Mendengarkan itu, St Valentine mengahwinkan orang-orang muda.
Di kawasan tempat tinggal St Valentine, ada terdapat orang-orang Islam. St Valentine, adalah seorang manusia yang sangat membenci pada orang-orang Islam. Di sebabkan kebenciannya itu, dia telah mengusir mereka keluar dari kawasan itu. Pada suatu hari, pada tarikh 14 February, St Valentine telah melakukan kejahatan yang mengakibatkan berakhirnya dia di Tali Gantung (hukuman gantung).
Tarikh 14 February, bukanlah hari untuk pasangan kekasih yang seperti mana selama ini menyadi tafsiran kita. Ia sebenrnya lebih kepada hari untuk memperingati hari di mana St Valentine di hukum gantung. Tetapi disebabkan orang-orang Kristian hendak menutup malu, mereka cuba untuk melupakan sejarah tentang hukuman itu. Tetapi sebaliknya, mereka cuma ingat hari itu sebaagi hari kekasih hanya disebebkan St Valentine mengahwinkan orang-orang muda yang bekerja di gereja itu.
Bila aku fikirkan balik, memang betul pun kenapa Islam melarang kita menyambut Valentine’s Day. Untuk apa kita turut serta menyambutnya sedangkan hakikat sebenarnya St Valentine sangat membenci pada orang-orang Islam. Sehingga dia tergamak mengusir mereka keluar. Lagi pun tarikh 14 February, bukan hari kekasih tetapi hari di mana dia hukum gantung! Orang sudah kena hukum gantung, yang kita dok sibuk meraikan hari itu hendak buat apa? Kalau betul pun hendak memperingati hari St Valentine mengahwinkan orang-orang muda yang bekerja di gereja itu, tariknya bukan 14 February!
Inilah perangai manusia. Mereka hanya melihat yang indah sahaja. Yang tidak indah mereka cuba melupakannya atau menutupnya dengan cerita yang lain. Bukankah dengan berbuat begitu sama seperti sudah memperbodohkan orang lain yang tidak tahu cerita sebenarnya. Daripada kita sibuk menyambut hari hukuman gantung St Valentine, bukankah lebih elok kita menyambut Maulidur Rasul, hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad, pada tarikh 15 February.
Valentine’s Day atau Hari Kekasih tidak pernah wujud! Yang wujud sebenarnya adalah: Hari St Valentine di HUKUM GANTUNG.
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
BERITA_wongANteng
SEO