Salam Bahagia!
Bila akhirnya pada suatu hari, setelah beberapa bulan kita tidak menghubungi satu sama lain tiba-tiba aku menerima SMS daripada diri mu . Dalam SMS itu, diri mu melamar diri ku. Dalam erti kata lain, diri mu ingin menjadikan aku sebagai isteri mu. Bohong kalau aku mengatakan aku langsung tidak merasa gembira bila mendapat tahu berita tersebut. Pada masa itu, aku merasa seperti tidak percaya sama sekali bahawa selama ini, aku langsung tidak bertepuk sebelah tangan. Rupa-rupanya dalam diam tanpa aku mengetahu, diri mu juga mempunyai perasaan yang sama seperti diri ku. Perasaan kita sama.
Lamaran diri mu tidak terus aku terima sebab masih ada banyak lagi perkara yang harus kita buat sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan. Tetapi itu bukan bermaksud aku tidak mencintai diri mu. Cuma aku ingin kita mengenali dengan lebih mendalam di antara satu sama lain. Salah ke aku inginkan sebegitu? Aku tidak mahu perkahwinan yang terburu-buru di mana akhirnya nanti setelah kita berkahwin, kita berdua akan merasa menyesal dengan perkahwinan kita ini dan mungkin timbul niat untuk mengakhiri perkahwinan kita ini dengan ‘penceraian’.
Bila aku memberitahu diri mu sebegitu, diri mu asyik mengatakan bahawa diri mu sudah tidak ada masa untuk itu semua. Dengan alasan yang diri mu berikan, ‘umur diri mu yang akan meningkat 31 pada 2011 dan juga kedua ibu bapa diri mu yang sudah tua’. Mendengarkan alasan diri mu itu, membuatkan aku berasa hairan. Kenapa soal umur mesti dijadikan persoalannya? Bukankah umur hanya sebuah angka yang memberitahu kita, sudah berapa lama kita hidup dibumi ciptaan Allah ini. Lagi pun kalau ditakdirkan Allah kita berdua ada jodoh, tahun hadapan umur mu 32, bukannya sebuah umur yang tua untuk diri mu berkahwin. Yang sepetutnya risau tentang umur ialah diri ku kerana aku wanita yang akan melahirkan zuriat kita nanti.
Maafkan diri ku kerana aku terpaksa akhirnya membuat keputusan ini. Persahabatan atau percintaan kita hanya setakat ini sahaja. Ianya tidak berakhir sampai ke mana pun. Jangan fikirkan soal perkahwinan kalau hakikatnya sekarang ini, diri mu begitu susah untuk menerima cadangan ku. Diri ku ingin kamu miliki tetapi aku tidak melihat sama sekali bahawa kita berdua ada persefahaman dalam bertolak ansur. Setiap kali kita berbincang kita akan mula bertengkar hanya sebab aku inginkan begini dan kamu pula inginkan begitu. Bila aku memberitahu diri mu sebabnya kenapa aku inginkan begini, diri mu langsung tidak mahu terima dan seolah-olah memberitahuku bahawa aku harus tetap ikut keinginan diri mu sama ada aku suka atau tidak. Apa ini?!
Sebelum diri mu ingin memiliki diri ku, fikir kembali sedalam-dalamnya. Aku ini sama dengan diri mu punya hati dan perasaan. Aku bukan patung yang tidak bernyawa itu!
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO